Monday 4 February 2013

Homestay Kuala Terengganu (Pak Aziz Homestay)

Homestay Kuala Terengganu (Pak Aziz Homestay) untuk disewa di Kuala Terengganu. Berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu & pantai peranginan Batu Burok. Sesuai untuk percutian keluarga, rombongan kahwin & rombongan sekolah/kolej/IPT. Juga sesuai untuk mereka yang ada urusan di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) & Hospital Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah).


Rumah sebuah/banglo 2 tingkat berkonsepkan rumah kampung dengan 4 bilik tidur & 2 bilik air. Semua bilik tidur dilengkapi katil (3 saiz queen & 1 single), almari pakaian, kipas siling, tuala & sabun mandi. Selain itu, bilik tidur utama juga dilengkapi aircond. Terdapat toto & bantal tambahan disediakan untuk keselesaan tetamu Homestay Kuala Terengganu (Pak Aziz Homestay).


Ruang tamu dilengkapi set sofa & televisyen, ruang makan dilengkapi meja makan untuk 6 orang & dapur dilengkapi peti sejuk, periuk nasi, cerek air dan lain-lain. Serambi atas yang luas sesuai untuk berehat dalam suasana yang tenang & nyaman sementara halaman luar yang luas dilengkapi kemudahan untuk BBQ & mampu memuatkan 6 kereta/sebuah bas.


Kedai  runcit & sayuran segar Pak Aziz terletak berhampiran bagi mereka yang ingin memasak sendiri di Homestay Kuala Terengganu (Pak Aziz Homestay) ini. Jika ingin menjamu selera di luar, kedai-kedai makan banyak terdapat berhampiran seperti Adeq Sue Ikan Bakar, Fasya Thai Seafood, Maaidah Uptown, Local Delights Recipe & Nurul Islamiah (roti nan/tempayan).


Antara tempat-tempat menarik yang terletak berhampiran ialah Pantai Batu Burok, Pasar Kedai Payang, Masjid Terapung (Tengku Tengah Zaharah), Terengganu Equestrian Resort (TER), Noor Arfa Batik, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium Losong, Keropok Lekor Bukit Tok Beng (yang sedang top sekarang) dan lain-lain lagi.


Untuk tempahan sewaan, sila hubungi 019-3877191 / 019-3877891 / 013-9273837. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Homestay Kuala Terengganu (Pak Aziz Homestay). Keselesaan anda, keutamaan kami...

No comments:

Post a Comment