Saturday, 21 October 2017

Lokasi Pak Aziz Homestay, KT

Sila rujuk peta di bawah untuk ke Homestay Pak Aziz, Kuala Terengganu..


Saturday, 17 September 2016

Rumah Terbaru Pak Aziz Homestay

Memperkenalkan rumah penginapan terbaru dalam rangkaian Pak Aziz Homestay :
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Pak Aziz Homestay 7 (PAH7)
••••••••••••••••••••••••••••••••••
==========
Kemudahan:
==========
●  Teres 2 tingkat
●  4 bilik tidur
● ❄️ 3 bilik aircond
●  3 bilik air
●  1 water heater
●  Ruang tamu luas
●  TV + DVD + Astro
●  Mesin urut kaki
●  Dapur lengkap
●  Mesin basuh
● ‍ Max. 20 org
●  Parking 4 kereta
===========
Berhampiran:
===========
●  Kedai2 makan
●  1km ke Bandar KT
● ⛵ 1km Pantai Batu Burok
==========
Harga 1mlm:
==========
● RM280 (max 20 org)
Ada diskaun jika lebih 2 malam.
Sila hubungi/whatsapp 0193877191 untuk tempahan.

Thursday, 8 September 2016

Rangkaian Pak Aziz Homestay (PAH)

Kami menawarkan homestay berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu & Pantai Batu Burok dengan harga berpatutan. Hubungi kami segera di no. telefon 019-387 7191.


Thursday, 1 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015 dari Pak Aziz Homestay, Kuala Terengganu..untuk tempahan homestay kami di tahun baru ini sila hubungi 019-387.7191 / 014-832.7025 / 013-927.3837..terima kasih

Sunday, 7 December 2014

Cuti Sekolah Hujung 2014

Assalamualaikum..sempena cuti sekolah ini sudah tentu ramai yg akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk bercuti bersama keluarga atau menghadiri kenduri kendara...banyak hotel baru dibina di Kuala Terengganu tetapi homestay tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan keselesaan pada harga yang berpatutan...Pak Aziz Homestay menawarkan 7 homestay di sekitar Jalan Kamaruddin iaitu 1km ke pusat bandaraya Kuala Terengganu & 1km juga ke Pantai Batu Burok...silalah hubungi kami di talian 014-8327025 @ 019-3877191 untuk tempahan...Pak Aziz Homestay; keselesaan anda, keutamaan kami...

 


Saturday, 27 September 2014

3 Aircond Di Bilik Tidur PAH1...

Untuk makluman, Pak Aziz Homestay 1 (PAH1) kini sudah dilengkapi aircond di 3 bilik tidur untuk keselesaan tetamu-tetamu Pak Aziz Homestay...kami mengalu-alukan kedatangan anda...sila hubungi 019-3877191 / 014-8327025...

Monday, 1 September 2014

Pak Aziz Homestay, Kuala Terengganu...keselesaan anda, keutamaan kami...





Kami menawarkan rumah banglo/sebuah 2 tingkat berkonsepkan kampung dengan 4 bilik tidur & 2 bilik air di bandar Kuala Terengganu & berhampiran Pantai Batu Burok.

Kemudahan:
-Ruang tamu bawah yang luas lengkap dengan set sofa & meja makan.
-TV dengan kemudahan Astro.
-Dapur lengkap dengan peralatan memasak spt peti sejuk, periuk nasi, dapur gas, cerek air dll.
-Mesin basuh, penyidai & seterika disediakan.
-Semua bilik tidur dilengkapi katil bersaiz queen, almari pakaian & kipas siling.
-Penyaman udara di bilik tidur utama.
-Katil single, toto & bantal tambahan disediakan.
-Tuala & sabun mandi juga disediakan.
-Ruang keluarga & serambi atas yang luas & menyegarkan.
-Halaman luar yang luas dilengkapi kemudahan BBQ.
-Parking boleh memuatkan 6 kereta/1 bas.

Berhampiran:
-Kedai-kedai runcit Kedai Pak Aziz, 7 Eleven dll & Mitsubishi Service Centre.
-Kedai-kedai makan Aqeq Sue Ikan Bakar, Fasya Thai Seafood, Maaidah Uptown, Restoran Nurul Islamiah (roti tempayan) dll.
-Hospital KTS Kuala Terengganu Specialist.
-SMKA Sheikh Abdul Malek & SK Seri Budiman.

2 - 3 minit ke:
-Pantai Peranginan Batu Burok
-Hospital Kuala Terengganu (Nur Zahirah)
-Stadium Negeri & Masjid Ladang.

4 - 6 minit ke:
-Pusat Bandar K. Terengganu & Stesen Bas MBKT
-Pasar Besar Kedai Payang & Dataran Shahbandar
-Pasaraya Mydin Mall & Pasaraya Giant

7 - 10 minit ke:
-Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam
-Muzium Negeri Losong
-Masjid Terapung (Tengku Tengah Zaharah)

- Hanya RM280 semalam jika tidak melebihi 20 orang.
- Tambahan RM50-70/semalam jika rombongan melebihi 20 orang @ sebuah bas (kerana perlu menyediakan toto & bantal tambahan).
- Boleh juga disewa untuk majlis kenduri kahwin dengan hanya RM400/semalam.
- Diskaun menarik jika menyewa 2 malam ke atas @ mingguan.
- Bayaran deposit sebanyak RM50/semalam & baki bayaran semasa check-in.
- Waktu check-in ialah pada jam 2.00 PM & check-out pada 12.00 PM.

- Kami juga boleh menyediakan makanan tradisi Terengganu spt Nasi Dagang, Keropok Lekor & khidmat catering untuk makan pagi, tghr & malam.

Sila hubungi 019-3877191 / 014-8327025 atau terus ke KEDAI PAK AZIZ (setentang dengan aksesori kereta SaveCost berhampiran Hospital KTS), Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

Terma & Syarat:
1. Penyewa MUSLIM terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan yg sama jantina.
2. Hanya makanan & minuman halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke homestay.
3. Pihak pengurusan homestay tidak bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda penyewa sepanjang tempoh penginapan.
4. Penyewa hendaklah menjaga kebersihan & menghormati hak kejiranan di sekitar homestay.
5. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan.